Posted on: 17 June 2022 Posted by: redaksi toknyong Comments: 0

Oleh Wan Eddy Wan Izaz


Haji Abdul Rahman Limbong lahir dalam tahun 1285 H/1868M di Terengganu. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu.Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan awal ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Antara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu, beliau mendapat pendidikan dari Haji Yaqub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya berguru kepada Tok Ku Paloh.Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai, Haji Abdul Rahman Limbong aktif mengajar segenap masyarakat di Hulu Terengganu terutama di Limbong, Kemaman. Dari situlah gelaran Haji Abdul Rahman Limbong mula digunakan.

Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalam Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain.Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei. Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid Haji Abdur Rahman Limbong.Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapat diungkapkan di sini ialah di Midai Kepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu.

Haji Abdul Rahman Limbong berdakwah di seberang laut sampai ke Pulau Midai. Rombongan dakwah ini selalu singgah ke pulau Midai dalam pelayarannya dakwah menuju pulau Kalimantan. Mereka bukan hanya sekedar singgah tapi juga berdakwah beberapa lama sebelum melanjutkan dakwah ke tempat selanjutnyaDi Pulau Midai, Haji Abdur Rahman Limbong ikut serta dalam pembinaan sebuah masjid di Sabang Barat, bahwa bahan utama bangunan ialah kayu cengal diangkut oleh Haji Abdul Rahman Limbong dari Terengganu.

Wan Ruslan (74 tahun) bercerita bahwa kakek beliau bernama Wan Abdullah adalah salah seorang murid Haji Abdul Rahman Limbong yang turut serta berdakwah ke pulau Midai. Di pulau Midai Wan Abdullah dikenal dengan nama Che Lah Terengganu dan ada yang memanggil dengan nama Che Lah Arsitek karena beliau adalah salah seorang arsitek yang membina mesjid Jamik Sabang Barat Midai. Kalau berdakwah ke pulau Midai, Wan Abdullah selalu mendapat tugas mengajar mengaji Alquran, selain itu juga mengajar ilmu agama.Wan Abdullah kemudian membawa keluarga beliau pindah dan menetap di pulau midai.Haji Abdul Rahman Limbong juga pernah berdakwah sampai di Kuala Maras pulau Jemaja. Haji Abdul Rahman Limbong wafat di Mekah dalam tahun 1929

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.